Tuesday, November 30, 2010

11. Bagaimana MAKAN boleh terus kekal langsing?

Posted by Saya Nak Slim at 2:51 PM
Semalam aku ada terbaca pasal tips untuk kekal langsing dalam Majalah Rapi Edisi Disember 2010. Jom semak!


1. Jaga Usus Untuk Elakkan Gemuk
Bangun je tidur, amalkan minum air putih (plain water).. Lepas tu baru cuci muka. Air liur basi adalah antibodi yang paling mujarab untuk usus. Bila usus berada dalam keadaan yang baik, segala makanan dapat dicerna dengan baik. Lagi satu, sebelum tidur, jangan sesekali amik yogurt sebab yogurt ni boleh membentuk lemak tepu meresap di dinding usus. Maka, badan kita akan makin MEMBESAR. Takut tak? Hehehe..


2. Kurangkan Makan Nasi & Senaman
Amalkan makan malam sebelum jam 7.. Cuba kurangkan makanan yang berat pada waktu malam sebab kadar metabolisme yang rendah waktu malam akan menyebabkan makanan akan disimpan sebagai LEMAK!! =D  Mulai sekarang cuba amalkan memakan roti yang ada bijirin untuk menggantikan pengambilan nasi. Dan cuba amalkan bersenam sekurang-kurangnya 30 min setiap hari supaya lemak-lemak yang sedia ada dapat dihapuskan dengan cepat. (Cara ni memang sesuai untuk SNTN Contestant.. hehehe..)


3. Jangan Mudah Percaya
Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan merampingkan badan & produk pil kurus. Kebanyakannya indah khabar dari rupa. Paling baik, lakukan senaman sendiri di rumah atau kunjungi gym berdekatan. Itu lebih elok.. (Yup, sangat setuju.. Esok start pegi gym.. Yeah!!  =D)


4. Kunyah Gula-Gula Getah
Cuba amalkan kunyah gula-gula getah di antara waktu makan. Selain menjaga kesihatan mulut, tabiat ini membuktikan bahawa mengunyah gula-gula getah selama 15 minit mampu kurangkan pengambilan kalori seseorang. Selain itu, ia dapat mengurangkan stress seseorang juga. Jom try!


0 comments:

Post a Comment

 

Curve Is Made Not Born Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez