Thursday, December 9, 2010

24. Bukan nak update progress, sekadar sessi luah perasaan.. =(

Posted by Saya Nak Slim at 3:43 PM
-Sigh-


Hmmm.. Orang yg tak pernah gemok betul2, takkan paham perasaan org gemok ni kan.. Yup, aku ni gemok.. Aku ngaku, tak perlu la org lain nak sebut berulang2 kali depan kita, di khalayak ramai.. Mungkin best kot kutuk org gemok dpn semua org kan? Biar semua org lain gelakkan aku berdekah-dekah sampai aku rasa nak sumbat muka aku dalam tahi lembu.. 


Aku ngaku, aku penah janji nak kurus.. Tapi aku tak janji bila.. Aku cuma harap dia paham yg nak kurus ni bukan nyer senang.. Bukannyer petik jari je terus aku leh selim melim mcm model.. Demand tinggi, nak aku jadi macam JLo, breast nak up, montot nak mantop.. Tapi penah tak dia pikir, ade ke kisah apa aku buat selama ni..? Pernah tak dia pantau apa aku makan? Pernah tak dia concern nape aku asik fail je walaupun dah cuba byk kali nak kurus..? Kelmarin tanya "bila nak kurus?".. Semalam tanya "bila nak kurus?".. Hari ni tanya "bila nak kurus?".. Esok tanya "bila nak kurus?".. Lusa tanya lagi "bila mau kurus?".. Tulat kang tanya benda sama balik, "bila nak kurus?".. Itu jer la yg dia tanya selama 2 tahun ni.. tu jer lah.. hanya tu je..!! 



So, we end up asik gaduh2 pasal persoalan "bila nak kurus?".. Bayangkan aku tengah happy sebab result exam aku yg agak cemerlang semalam tetiba terus moody semata2 dia cakap aku gemuk.. Damn!! Aku paling benci orang rosakkan mood aku.. Please la wahai manusia, fahami la aku ni sebagai seorang yg tengah berusaha keras nak turunkan KG tu just utk tunaikan janji aku pada kau.. Kau tak nampak ke dah dekat 8 kilo aku turun.. I need a lot of effort nak turunkan KGs yg degil tu tau..


Orang yang tak gemok takkan paham betapa susahnyer kita nak buang semua fat kita tu.. Org lain sedap tido sampai kul 7-8 pagi, aku ni bangun hari-hari pukul 5 lebih sebab nak buat crunches.. Perut aku sampai tegang2, sampai nak duduk pun sakit.. Ada sape tau? Takder kan... Pukul 7 orang lain baru nak bangun nak siap2 gi keje atau yg tak keje tu, tengah sedap berdengkur lagi.. Aku?? Aku dah ada kat padang bola taman aku.. Dah start buat warming up lagi utk jog.. Kul 8-9 pagi, org lain sedap tgh melantak breakfast, tapi aku? aku belum lagi habis jogging & brisk walk.. Balik umah, perot dah pedih2 sebab aku ade gastrik.. Bukak fridge, aku telan salad.. Kalau rajin aku goreng telur pastu mkn dgn salad + mayo. ~ ~ sigh ~ ~ Aku tau aku gemuk.. memang aku aku kena buat semua tu kalau nak achieve target!


Aku tak kisah semua tu sebab aku dah biasa hadap sayur2 & salad.. Tu jelah lauk aku sejak 2 bulan ni.. Aku tak kisah kalau kena telan benda yg sama dalam 3-4 bulan lagi.. Tapi tolong lah paham, aku perlukan sedikit support.. Bukan nyer kutukan demi kutukan.. Semangat setinggi Gunung Everest tu pun kalau hari2 kena kutuk, rebah jugak.. Pokok sebesar dinasour pun kalau takder air, mati jugak.. huuhuhuhu.. Sedih kan jadi aku..


Tak tau la.. semalam rasanyer aku dah tak bole nak bendung lagi perasaan aku ni... workout pun ke laut.. Aku macam dah fed up.. Apa nak jadi, jadi la kan.. Tapi aku dah cakap pada diri aku, aku akan cuba sedaya upaya selagi nyawa aku masih ada, aku akan berusaha utk kuwus.. Aku akan sedarkan manusia2 kat luar sana supaya jangan sesuka hati nak kutuk org sedangkan di sisi ALLAH kita ni sama je.. Tak timbul soal gemok ke selim ke.. Yang penting hati tu.. hmmm.. Entahlah.. Tak larat dah nak pikir byk2.. AKu kalau tension, aku suka makan.. Nanti abis semua diet plan aku.. =(


Ahad ni aku update berat sekali ngan latest measurement k..
tata..

4 comments:

kak lia on December 10, 2010 at 11:44 AM said...

kesiannya dia... tak pe tak pe, biar la apa orang tu nak kata, badan kita bukan badan diorang, diorang takkan paham keadaan kita, kecuali orang tu penah mengalami nya.. kat sini ramai lagi orang lain yang boleh bagi semangat kat awak!.. congrats dgn your results exam dan your 8kgs off weight lost.. more to go!

Saya Nak Slim on December 10, 2010 at 3:01 PM said...

{dear liya71}

Thanks kak.. Tulah, Tuhan jelah yg tau mcm mana seksanyer kita wat exercise itu ini, control mkn mcm nak rak..

Rasa hepi pulak bila ada kawan secara maya yg bg semangat kan.. rasa excited pulak nak kurus sama2..hehe!

btw, saya dah tgk blog akak, we are on the same track.. --> ATkins Diet.. =)

whydoucare on May 26, 2011 at 2:54 AM said...

dont b sad..people will never understand other people feeling
ape ade hal jiullian kan ade
workout with jillian sudah!

jillian pun gemuk jgk suatu ke tika dulu
lanie hambik kau...dok ngaga

so nak pomote sikit la
saya ader complete a - z jillian micheal collection
-30 day shred level 1 - 3
- Banish Fat boost Metaboliem
-No More Trouble Zone
-Yoga meltdown (2010)
-Shred it with weight (release on 30th sep
-Six Week Six pack(paling latest released nov 2010))

jillian micheal the bigggest winner collection
-shape up backside
-shape up front
-cardio kickbox
-mazimize back in action
-mazimixe full frontall
(recepi and nutrition tips video by jillian micheal included dlm dvd)

siapa2 interested boleh la sms or call me at 0133182730
http://kelabdiet.com/viewtopic.php?f=20&t=1166&start=0

hehe jangan mara na
nak membantu people dapatkan jillian product shaja

Saya Nak Slim on May 26, 2011 at 2:08 PM said...

[whydoucare]

hehehe.. time kasih kerana memahami.. =)
btw, sy dah ada dvd JM, tapi tak semua la..

Saya ada 30DayShred, No More T.Zone, Banish Fat Boost Metabolism, Cardio Kick Boxing & Power Sculpt.

Nanti kalau saya nak, sy contact ye.. tengkiuuu.. :D

Post a Comment

 

Curve Is Made Not Born Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez